Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[su.ra.tan] | سورتن

Definisi : 1. sesuatu yg disurat, tulisan: apabila aku lihat akan ~ kitab itu, hairan besarlah aku, sebab belum pernah aku melihat surat Melayu yg dibubuh cap; 2. = ~ takdir sesuatu yg telah ditetapkan oleh Tuhan, nasib, takdir, untung malang: ia datang ke mari bukan kerana hatinya, tetapi kerana nasibnya dan ~; ~ tangan a) garis-garis (retak) pd tapak tangan; b) suratan takdir; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.ra.tan] | سورتن

Definisi : 1 apa-apa yg disuratkan; tulisan. 2 = ~ takdir sesuatu yg telah ditentukan oleh Tuhan; takdir; nasib. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata suratan

Puisi
 

Mengkudu masak di hutan,
     Dipatuk punai gumbali;
Belum duduk belum suratan,
     Mana bertemu sama sekali.


Lihat selanjutnya...(8)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaBeruntung merapat kaban, Akan perapat bunga anggerik; Kalau untung suratan badan, Dapat bertukar bangsa yang baik.
Kurik Kundi Merah SagaMengkudu masak di hutan, Dipatuk punai gumbali; Belum duduk belum suratan, Mana bertemu sama sekali.
Kurik Kundi Merah SagaBerempat tegak di tepian, Cukup berlima maka mandi; Usah mengumpat di bahagian, Suratan sudah dimenterai.
Kurik Kundi Merah SagaBurung lekung berbunyi malam, Bunyi di atas bumbung penghulu; Allah belum menjadikan alam, Suratan kita dah terjadi dahulu.
Kurik Kundi Merah SagaBaiklah baik menutuk jati, Biar kurapi menumpang kujangan; Baiklah baik mencari ganti, Untunglah kamu suratan badan.
Kurik Kundi Merah SagaPasang lampu pasang pelita, Pasang mari laut jambatan; Kekalnya jodoh jangan dipinta, Memang jodoh jadi suratan.
Kurik Kundi Merah SagaSayang ke darat sungai Bintagor, Temui rotan berbelah dua; Seorang ke barat seorang ke timur, Ada suratan bertemu jua.
Kurik Kundi Merah SagaSayang ke darat sungai Bintagor, Temui rotan berbelah dua; Seorang ke barat seorang ke timur, Ada suratan bertemu jua.

Kembali ke atas