Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[su.rau] | سوراو

Definisi : tempat beribadat (sembahyang, belajar agama, dll), langgar, madrasah; bagai ber­tandang ke ~ prb perihal bertandang ke rumah orang yg tidak memberi apa-apa kpd tetamu­nya, tidak mendapat apa-apa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.rau] | سوراو

Definisi : bangunan yg lebih kecil drpd masjid tempat orang-orang Islam beribadat (spt bersembahyang, belajar agama); langgar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
surau
Rujuk :masjid

Puisi
 

Hiris rojak hantar ke surau,
     Hendak menjemput datuk penghulu;
Gadis bijak orang tak hirau,
     Ilmu di dapur laksana dulu.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Bagai ayam naik ke surau.

Bermaksud :

Bertamu ke rumah orang yang tidak memberi jamu apa-apa.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaTambat perahu tepi surau, Hanyut sampai sungai Tualang; Ombak melenting tepi pulau, Arusnya deras bukan kepalang.
Kurik Kundi Merah SagaHiris rojak hantar ke surau, Hendak menjemput datuk penghulu; Gadis bijak orang tak hirau, Ilmu di dapur laksana dulu.
Kurik Kundi Merah SagaMembeli tali pasar Senyawan, Singgah di surau tangga berlian; Merosak hati menggugur iman, Seperti pungguk rindukan bulan.
Kurik Kundi Merah SagaRamai orang pergi mengaji, Pergi ke surau datuk penghulu; Andainya saya memungkiri janji, Tanda ajal menjemput dulu.
Kurik Kundi Merah SagaAda satu nama si Putung, Duduk di surau berbaju kurung; Taruh umpan salah gantung, Tak kena ikan kena jerung.
Kurik Kundi Merah SagaPucuk mempelas makan diapi, Asapnya sampai ke Surau Raka; Jangan belas di dalam hati, Adik hendak bergurau saja.
Kurik Kundi Merah SagaSerai serumpun di tengah laman, Tempat murai berjejak kaki; Tinggal kampung tinggal laman, Tinggal surau tempat mengaji.

Kembali ke atas