Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : tidak senang hati, sedih hati, dukacita: jangan ~, nanti ia akan kembali lagi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : tidak senang hati; sedih; dukacita. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
susah (adjektif)
1. Bersinonim dengan sukar: payah, rumit, sulit,

2. Bersinonim dengan jarang ada: sukar terdapat

3. Bersinonim dengan miskin: papa, daif, melarat, serba kekurangan,

Kata Terbitan : bersusah-susah, menyusahkan, kesusahan,

Puisi
 

Kucing kurus menghembus api,
     Sudah hembus padam menyala;
Kurus kering kerana susah hati,
     Kerana telinga tak mendengar kata.


Lihat selanjutnya...(16)
Peribahasa

Apa boleh buat,
     nasi sedap menjadi tawar.

Bermaksud :

Susah hati dapat mengubah perangai seseorang.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaDewa-dewa melihat sakti, Diam dalam gua batu; Jangan encik susah hati, Susah ada Tuhan membantu.
Kurik Kundi Merah SagaKucing kurus menghembus api, Sudah hembus padam menyala; Kurus kering kerana susah hati, Kerana telinga tak mendengar kata.
Kurik Kundi Merah SagaBanyaklah orang bergelang tangan, Saya seorang bergelang kaki; Banyaklah orang mengata senang, Saya seorang susah hati.
Kurik Kundi Merah SagaJika tuan merendam jagung, Saya merendam si buah padi; Jika tuan pulang ke kampung, Saya tinggal susah hati.
Kurik Kundi Merah SagaCik Aishah rambut kerinting, Memakai baju kain baldu; Hati susah bertambah runsing, Kepada siapa hendak mengadu?
Kurik Kundi Merah SagaDayang Esah menghilang pauh, Hilang pauh di Batu Rakit; Hati susah berjalanlah jauh, Dibawa diam jadi penyakit.
Kurik Kundi Merah SagaDi mana didikku tadi, Padi tumpah bawah tangga; Di mana dia adikku tadi, Hati susah kerana dia.
Kurik Kundi Merah SagaTetak nipah susun nipah, Orang Palembang menjual kayu; Duduk susah berdiri susah, Di dalam hati siapa dirindu?
Kurik Kundi Merah SagaBudak-budak ramai menimba, Dapat banyak si ikan keli; Karam di laut dapat ditimba, Karam di hati susah sekali.
Kurik Kundi Merah SagaAnak haruan mudik berenam, Lumba-lumba menyusul tebing; Sama mencecah si hati kuman, Susah senang sama membimbing.
12

Kembali ke atas