Kurik Kundi Merah Saga | Tabir-tabir kayu dilintang, Katak makan si daun ubi; Apa dirunding perlahan-lahan, Syukur mendapat orang berbudi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tabir-tabir kayu dilintang, Katak makan si daun ubi; Perlahan-lahan apa dirunding, Syukur mendapat orang berbudi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Jangan disingkap tabir luanga, Raden Galuh bersila panggung; Jangan diturut hati dahaga, Sopan didapat malu ditanggung. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sembahyang waktu Subuh, Pasang tabir atas tambiran; Bau adinda lekat di tubuh, Dibawa mandi tidakkan hilang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sembahyang waktu Subuh, Pasang tabir atas tambiran; Bau adinda lekat di tubuh, Dibawa mandi tidakkan hilang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Orang nyanyi di balik tabir, Raja beradu di atas tilam; Abang sudah habis fikir, Hendaklah mati bertindih tulang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Saya tidak memandang bulan, Mari selindung sebalik tabir; Saya tidak memandang tuan, Hati beramuk bagai nak hancur. |
Kurik Kundi Merah Saga | Encik Hamid belayar ke Jawa, Buah jerap masak merekah; Tabir langit sudah sedia, Malam besok abang nak nikah. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kerbau mana tambat di tubir, Kerbau hitam melenggang tanduk; Anak dara di balik tabir, Anak teruna dibawa masuk. |