Kurik Kundi Merah Saga | Kalau nak pikat burung jelatik, Tabur beras dengan padi; Kalau nak harap corak yang cantik, Tentu tak laku kain berkodi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bentang tikar tengah rumah, Hendak tabur biji lada; Tabik encik orang di rumah, Saya main kurang bahasa. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak Cina berdayung sampan, Hendak menuju kuala pekan; Kalau takut tabur umpan, Mana tahu ikan tak makan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bagaimana jalan ke Santubong, Berjalan kaki tengah halaman; Bagaimana cara menangkap burung, Tabur padi di tapak tangan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Orang laut mengambil kerang, Orang kompeni memegang senapang; Sekali gelap sekali terang, Bintang tabur hari nak siang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Nguak-nguak kerbau di padang, Kerbau seekor kutarik ke huma; Emak! Emak! Tunangku datang, Bentang tikar tabur bunga. |