Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Puisi
 

Malam tadi mimpikan bulan,
     Bulan kumimpi si bujur telur;
Malam tadi mimpikan tuan,
     Tuan kumimpi dikandung tidur.


Lihat selanjutnya...(18)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaMalam tadi mimpikan bulan, Nyiur gugur dengan tandannya; Malam tadi mimpikan tuan, Rasa tidur pangku kancunya.
Kurik Kundi Merah SagaMalam tadi mimpikan bulan, Bulan kumimpi si bujur telur; Malam tadi mimpikan tuan, Tuan kumimpi dikandung tidur.
Kurik Kundi Merah SagaKencang ribut malam tadi, Bintang hanyut dari kuala; Kencang mimpi malam tadi, Bantal hanyut dari kepala.
Kurik Kundi Merah SagaDi mana didikku tadi, Padi tumpah bawah tangga; Di mana dia adikku tadi, Hati susah kerana dia.
Kurik Kundi Merah SagaKuat ribut malam tadi, Sapu tangan jatuh ke laman; Hajat abang datang ke mari, Hendak tidur berbantal lengan.
Kurik Kundi Merah SagaBunga baju disangka tali, Malam tadi menyindir puan; Madu disangka manis sekali, Kalaulah manis terlajakmu tuan.
Kurik Kundi Merah SagaAnak tasik dari hulu, Mengenang juga cincin permata; Malam tadi menahan rindu, Makan bersuap si air mata.
Kurik Kundi Merah SagaPisang kelat dibuat rampai, Jatuh ke tanah dimakan semut; Malam tadi saya bermimpi, Rasa bertukar kain selimut.
Kurik Kundi Merah SagaGoreng pisang goreng keladi, Mari goreng kuali besi; Anak siapa meronggeng tadi, Cubalah masuk sekali lagi.
Kurik Kundi Merah SagaKalau ada ikan pari, Senang saya masak tumis; Apa cakap tuan tadi, Cakap lepas jangan menangis.
12

Kembali ke atas