Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tahan (adjektif)
1. Bersinonim dengan kukuh: kuat, teguh, tegap, stabil,

2. Bersinonim dengan tabah: cekal, sabar, betah, kental, ulet,

3. Bersinonim dengan cukup: pada, sampai, genap,

Kata Terbitan : bertahan, menahan, mempertahankan, tertahan, tertahan-tahan, tahanan, ketahanan, pertahanan, penahanan, penahan,

Puisi
 

Tahan punai kena merbuk,
     Merbuk bersarang di kayu jati;
Dah tahu benda tu mabuk,
     Sahaja nak cari mati.


Lihat selanjutnya...(25)
Peribahasa

Tahan jerat sorong kepala.

Bermaksud :

Hendak mencelakakan orang, tetapi diri sendiri yang mendapat celaka.

 

Lihat selanjutnya...(12)

Lihat selanjutnya...(1)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaCantik menyambar bagai dipeting, Hujan menitik tepi pagar; Tahan hempas tahan banting, Tahan dititik tahan dibakar.
Kurik Kundi Merah SagaTahan punai kena merbuk, Merbuk bersarang di kayu jati; Dah tahu benda tu mabuk, Sahaja nak cari mati.
Kurik Kundi Merah SagaTahan bubu tahanlah bubu, Bubu ditahan di hilir muara; Adinda ke hilir abang ke hulu, Sama mengalir air mata.
Kurik Kundi Merah SagaTahan bubu di Sungai Dungun, Seekor ikan haram tak kena; Mengapa adik duduk termenung, Di manakah tempat abang tak kena.
Kurik Kundi Merah SagaTidak tahan sakit kaki, Kena duri dalam petak; Tidak tahan sakit hati, Orang menyindir dalam gelak.
Kurik Kundi Merah SagaTidak tahan gigi ngilu, Makan pauh sisa tupai; Tidak tahan hati rindu, Jalan jauh rasa tak sampai.
Kurik Kundi Merah SagaGunung Tahan Gunung Semabuk, Nampak dari Inderagiri; Sudah termakan buah mabuk, Terperanjat pula ibu sendiri.
Kurik Kundi Merah SagaTinggi sungguh Gunung Tahan, Di Tanah Melayu gunung yang tinggi; Berdoa kita ke hadrat Tuhan, Panjang umur berjumpa lagi.
Kurik Kundi Merah SagaAnak raja memburu rusa, Tahan serinding dengan belantik; Adik tak hendak terima saya, Kerana saya orang tak cantik.
Kurik Kundi Merah SagaNaik ke bukit ganyah mangkuk, Baik ganyah tudung saji; Tahan racik burung tak masuk, Burung pandai terbang tinggi.
123

Kembali ke atas