Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : = ~ ayam susuh buatan (drpd besi, tembaga, dll) yg dipasang pd kaki ayam sabungan; ~ bentuk taji yg melengkung bentuknya dipa­sang pd susuh ayam; ~ golok taji yg di­pasang pd kais ayam (bermacam-macam bentuk­nya); berombong ~ memakai taji (ayam sabungan); membulang ~ mengikat atau melekatkan taji pd kaki ayam sabungan; penggabus ~ alat tempat memasang taji (pd kaki ayam); tuntung ~ hujung taji yg tajam; spt ~ dibentuk ki bentuk alis atau kening yg cantik; duduk diambung-ambung ~ prb peri­hal seseorang yg senantiasa dlm kerunsingan; bertaji memakai taji (ayam sabungan); belum ~ hendak berkokok prb belum berilmu apa-apa sudah hendak mengagungkan diri; menaji menikam, mencucuk, menusuk dsb dgn taji atau dgn benda tajam: dia segera ber­paling ke belakang utk ~ Sang Jebat tetapi ditahan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
taji (kata nama)
Bersinonim dengan susuh, jalu, pacu, sungga;,
Kata Terbitan : bertaji,

Puisi
 

Ayam siapa nampak rabun,
     Taji bisa macam racun;
Sungguh songket bunga bertimbun,
     Bukan boleh tahan bertahun.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Laksana taji dibentuk.

Bermaksud :

Kening yang elok.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaAsah taji asah golok, Buat menyabung ayam kelabu; Saya janji masak di pokok, Kalau ranggah saya tak mahu.
Kurik Kundi Merah SagaAyam siapa nampak rabun, Taji bisa macam racun; Sungguh songket bunga bertimbun, Bukan boleh tahan bertahun.
Kurik Kundi Merah SagaTak guna ayam di kampung, Ayam hitam memakai taji; Tidaklah guna berikat bengkung, Kalau tak boleh menahan negeri.
Kurik Kundi Merah SagaMuatan sarat beribu bungkal, Hendak berniaga negeri besar; Sayap kukerat taji kutinggal, Kiri kanan habis kucakar.

Kembali ke atas