Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : singkatan bagi tidak; ~kan tidak akan, tidak mungĀ­kin; ~ apa a) tidak mengapa; b) tidak ada apa-apa; acuh ~ acuh tidak ambil peduli; ~ mboh Tr tidak mahu: Meli ~ mboh ajak kamu pergi melihat perlawanan bola sepak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tak I

Puisi
 

Nasi tak dingin pinggan tak retak,
     Anak tekukur terbang ke mana;
Orang tak ingin hamba tak hendak,
     Orang tak tegur hamba tak tanya.


Lihat selanjutnya...(814)
Peribahasa

Kalau tak sir berdegak,
     sir melayang.

Bermaksud :

Jika barang yang diinginkan tidak diperolehi maka hilanglah daya upaya. tak sir = tak indah, tak mahu (Kelantan); berdegak = bunyi seperti menelan air atau bunyi jantung.

 

Lihat selanjutnya...(570)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaPucuk paku makanan kalui, Dahan dedap bertaruk muda; Tak berbalas tak berbalui, Tak ada adab sesama muda.
Kurik Kundi Merah SagaNasi tak dingin pinggan tak retak, Anak tekukur terbang ke mana; Orang tak ingin hamba tak hendak, Orang tak tegur hamba tak tanya.
Kurik Kundi Merah SagaKami tak tahu padi tak jadi, Beli juga beras perahu; Kami tak tahu orang tak sudi, Balas juga dengan tak tahu.
Kurik Kundi Merah SagaPinggan tak retak nasi tak dingin, Rama-rama di punca kain; Tuan tak hendak saya tak ingin, Sama-sama mencari lain.
Kurik Kundi Merah SagaKalau tak tahu jangan digagah, Lidah tak nyaman perut pun tak sebu; Hilir malam mudik tak singgah, Buah nipah disangka labu.
Kurik Kundi Merah SagaItik-itik apa tak mandi, Kalau mandi kepak tak basah; Cik abang apa tak mari, Kalau mari saya tak marah.
Kurik Kundi Merah SagaTeluk berliku Padang Mengkuang, Serai di dalam buah kepayang; Tengok tak tentu tak puas pandang, Bercerai di dalam berkasih sayang.
Kurik Kundi Merah SagaNan tak di landai nan den landai, Nan tak dilandung pandan muda; Nan tak orang rasai nan den rasai, Nan tak rang tanggung den galas pula.
Kurik Kundi Merah SagaBunga cina tanaman Cina, Mari bungkus di atas kertas; Lihat saya bena tak bena, Tak usah harap katakan lepas.
Kurik Kundi Merah SagaApalah guna rumpun buluh, Baik ditebang buatkan titi; Apalah guna duduk mengeluh, Orang tak ada tak usah dinanti.
12345678910...

Kembali ke atas