| Kurik Kundi Merah Saga | Tak boleh kuda di ladang, Pancung beluru di atas pagar; Kalau tak boleh muda kucadang, Tujuhlah guru aku belajar. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Kalau tak panjat limau manis, Kita tebang batang tebu; Jika tak dapat yang hitam manis, Kita buanglah petua guru. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Kalau tak panjat limau manis, Kita tebang batang tebu; Jika tak dapat yang hitam manis, Kita buanglah petua guru. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Kalau tak boleh mengkuang kutetak, Sia-sia mudik ke hulu; Kalau tak boleh muda kuhendak, Sia-sia memujuk guru. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Kalau tak boleh mengkuang kutetak, Sia-sia mudik ke hulu; Kalau tak boleh muda kuhendak, Sia-sia memujuk guru. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Ayam ini ayam delidau, Kokok mari atas pagar; Kalau tak boleh muda sesurau, Tujuh guru saya belajar. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Akar pilih kuda belang, Akar lama melilit pongsu; Kalau tak boleh seperti dok cadang, Nak bawa cerana mengadap guru. |