Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tak kena.

Puisi
 

Tahan bubu di Sungai Dungun,
     Seekor ikan haram tak kena;
Mengapa adik duduk termenung,
     Di manakah tempat abang tak kena.


Lihat selanjutnya...(15)
Peribahasa

Jika tak kena-kena membangkit balak terendam di lumpur,
     makin dalam ia terbenam.

Bermaksud :

Jika tak pandai menyuruh orang malas bekerja, maka makin rosaklah pekerjaan itu.

 

Lihat selanjutnya...(16)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaTanam mari tengah hari, Mana didapati ada tak kena; Saya menyusun sepuluh jari, Jangan diumpat mana tak kena.
Kurik Kundi Merah SagaTahan bubu di Sungai Dungun, Seekor ikan haram tak kena; Mengapa adik duduk termenung, Di manakah tempat abang tak kena.
Kurik Kundi Merah SagaAda satu nama si Putung, Duduk di surau berbaju kurung; Taruh umpan salah gantung, Tak kena ikan kena jerung.
Kurik Kundi Merah SagaAnak Keling anak Cina, Ketiga dengan anak Melayu; Jangan belayar angin tak kena, Takut karam tenggelam lalu.
Kurik Kundi Merah SagaMembeli songket di kampung Cina, Kadung berisi buah berangan; Tahan racik burung tak kena, Burung biasa makan di tangan.
Kurik Kundi Merah SagaAda satu Mamak Pelikat, Lima tahun balik negeri; Bubu kuhimpit lagi kuikat, Kalau tak kena kupasang lagi.
Kurik Kundi Merah SagaKututuh mari sebatang pisang, Habis menimba selara padi; Kutembak dengan peluru petunang, Naga tak kena ular tak mati.
Kurik Kundi Merah SagaTiga petak tiga penjuru, Anak haruan di Padang Cina; Habis dah ubat habis dah peluru, Barang tembak sedikit pun tak kena.
Kurik Kundi Merah SagaOrang Cina juga Melayu, Juga Jepun tak jadi bertanam; Apa kena bungaku layu, Bunga ditunggu salah ditanam.
Kurik Kundi Merah SagaTanam limau di tanah liat, Buah manggis dalam perahu; Belang harimau kalau dilihat, Kena badi saya tak tahu.
12

Kembali ke atas