Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta/.kan] | تقکن

Definisi : singkatan bagi tidak akan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta/.kan] | تقکن

Definisi : tidak akan, tidak mung­kin (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta/.kan] | تقکن

Definisi : tidak akan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta/.kan] | تقکن

Definisi : a. tidak akan. b. masakan; mustahil. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata takkan

Puisi
 

Daun nanas daun nangka,
     Takkan boleh dilipat-lipat;
Tuan emas saya tembaga,
     Takkan boleh dikerat-kerat.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Takkan serik luka dimakan tajak,
     esok lusa ke bendang juga.

Bermaksud :

Kesukaran tidak pernah menghalangi orang untuk berusaha mencari nafkah hidupnya. serik = jera.

 

Lihat selanjutnya...(55)

174

He that would eat the fruit must climb the tree

Jika mahukan sesuatu, haruslah berusaha dengan kuat.

Pengayuh sayang dibasahkan, sampan takkan sampai ke seberang

Finally, his dream to become the first Malaysian astronaut has been realized. Indeed he has been many sacrifices and it took so many years off studying and training. He that would eat the fruit must climb the tree.

Akhirnya, impiannya untuk menjadi angkasawan pertama Malaysia tercapai. Sesungguhnya dia telah banyak berkorban dan bertahun-tahun lamanya dia belajar dan menjalani latihan. Pengayuh sayang dibasahkan, sampan takkan sampai ke seberang.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(12)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaSeorang berkuda seorang berlembu, Takkan sama dengan tapaknya; Tuan sutera saya belacu, Takkan sama dengan coraknya.
Kurik Kundi Merah SagaDaun nanas daun nangka, Takkan boleh dilipat-lipat; Tuan emas saya tembaga, Takkan boleh dikerat-kerat.
Kurik Kundi Merah SagaTerang hari disinar fajar, Terang fajar sampai ke senja; Takkan lari gunung dikejar, Hilang kabus nampaklah dia.
Kurik Kundi Merah SagaPanggang simbubu tak bertulang, Entahkan pandan meluruti; Emak di kubur takkan pulang, Entahkan badan menuruti.
Kurik Kundi Merah SagaBurung helang terbang dekat, Dalam beringin tempat titinya; Barang yang hilang takkan dapat, Cari yang lain akan gantinya .
Kurik Kundi Merah SagaAnak ayam baru berkepak, Mari patuk burung balam; Bawa garam cuma secupak, Takkan masin air di kolam.
Kurik Kundi Merah SagaPulau Pemanggil teluk empat, Tampak dari Johor Lama; Adik tinggal menunggu tempat, Abang pergi takkan lama.
Kurik Kundi Merah SagaKajang tuan tali mengkuang, Kajang saya bertali jerami; Janganlah tuan berhati bimbang, Gunung dikejar takkan lari.
Kurik Kundi Merah SagaKajang tuan tali mengkuang, Kajang saya bertali jerami; Janganlah tuan berhati bimbang, Gunung dikejar takkan lari.

Kembali ke atas