Definisi : taksir I Ar tidak mengendahkan (pekerjaan dll), kurang ingat-ingat, alpa, lalai: jangan ~ drpd memeriksai alat rakyatmu supaya sentosa kerajaan engkau; berlepas ~ membebaskan diri drpd kesalahan orang; mentaksirkan melalaikan, mengalpakan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Definisi : ; menaksir 1 mengira atau menghitung jumlah, harga dll (ttg sesuatu); menentukan harga dll dgn kira-kira: Dia ~ kerugian yg dialami, yg berjumlah sebanyak RM15,000/-. 2 menyangka atau mengagak dgn melihat-lihat keadaan; menilai secara agak-agak; mengagak. taksiran 1 hasil drpd menaksir; anggaran; nilaian. 2 sesuatu yg ditaksir; dugaan; telahan. penaksiran perbuatan atau hal menaksir. penaksir orang yg menaksir. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)