Kurik Kundi Merah Saga | Teluk merah di atas talam, Talam terletak di atas geta; Inilah surat berkirim salam, Dakwat bercampur air mata. |
Kurik Kundi Merah Saga | Talamlah ini talam tembaga, Putus tali sampainya hilang; Malamlah ini malam celaka, Putusnya janji sampainya hilang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Letak di tengah talam, Mari tumbuk kutapisi; Bangun tersedak tengah malam, Bantal kupeluk kutangisi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Air selepak di dalam talam, Air geluk mandi dihabisi; Tidur tersentak di tengah malam, Bantal dipeluk ditangisi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Berdentum bedil Melayu, Nak tembak talam tembaga; Datuk Bandar bukalah pintu, Anak dagang nak masuk berniaga. |
Kurik Kundi Merah Saga | Cik Lah orang Melaka, Jual talam dengannya cuka; Tujuh bilah lembing di dada, Hitam manis kupegang juga. |
Kurik Kundi Merah Saga | Apalah kena pauh buritan, Ambil talam taruhlah pauh; Apalah kena burunglah di hutan, Lepas di tangan terbanglah jauh. |
Kurik Kundi Merah Saga | Menjadi pokok menjadi daun, Makan di talam masaknya nasi; Begini rasanya cerai setahun, Cerai semalam rasanya mati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Buah berembang untai beruntai, Mari beruntai dalam talam; Jangan tuan suka mengintai, Orang banyak lagi di dalam. |
Kurik Kundi Merah Saga | Baju saya lupa dijahit, Daun birah selebar talam; Malu saya bukan sedikit, Sudah pecah serata alam. |