Kurik Kundi Merah Saga | Talang wak talang jauh di laut, Tempat nan budak berdagang telur; Halus juak pinggang bagai diraut, Tuan laksana si kembang melur. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ikan talang ikan terubuk, Udang galah udang kepai; Malang sungguh nasib Pak Kaduk, Ayam menang kampung tergadai. |
Kurik Kundi Merah Saga | Terlepas talang berduri, Batang kandar di balik lombong; Hari panas helang berbunyi, Badan terkenang mandeh kandung. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ikan talang dalam belanga, Mari bercampur dengan pelotan; Alangkah malang nasibnya bunga, Dilanyak kumbang jadi belacan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sayang senduduk pengail talang, Kain buruk kami tapiskan; Tersentak tidur tengah malam, Bantal peluk saya tangiskan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sayang senduduk pengail talang, Kain buruk kami tapiskan; Tersentak tidur tengah malam, Bantal peluk saya tangiskan. |