Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tanah (kata nama)
Bersinonim dengan daratan, benua, bumi, ardi, bentala, butala;,
Kata Terbitan : bertanah, mengetanahkan,

Puisi
 

Suaranya riuh jatuh ke tanah,
     Jatuh ke tanah memakan padi;
Bunyi guruh di dalam sawah,
     Apalah sebab hujan tak jadi?


Lihat selanjutnya...(117)
Peribahasa

Kalau digali tanah berbingkah,
     tanah berderai yang akan bertemu.

Bermaksud :

Sesuatu perselisihan dalam kalangan keluarga, usahlah dicari siapa yang benar dan siapa yang salah, tetapi carilah jalan untuk menyelesaikannya dengan baik.

 

Lihat selanjutnya...(50)

607

Truth will out

Kebenaran tidak boleh disembunyikan selama-lamanya.

Meski bertimbun dalam tanah, lamun teras timbul juga.

For a while, you can prevent the people from discovering the secret but it's impossible to conceal it forever. How long can you live? Remember, truth will out, eventually

Buat sementara waktu ini awak bolehlah menghalang orang daripada mengetahui rahsia itu, tetapi mustahil untuk menyembunyikannya selama-lamanya. Berapa lama awak boleh hidup? Ingat, meski bertimbun dalam tanah, lamun teras timbul juga akhirnya.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(32)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaTinggi sungguh Gunung Tahan, Di Tanah Melayu gunung yang tinggi; Berdoa kita ke hadrat Tuhan, Panjang umur berjumpa lagi.
Kurik Kundi Merah SagaSuaranya riuh jatuh ke tanah, Jatuh ke tanah memakan padi; Bunyi guruh di dalam sawah, Apalah sebab hujan tak jadi?
Kurik Kundi Merah SagaOrang musafir datang memanah, Memanah ia di Sengam Padang; Datang Jibrail mengambil tanah, Diambil ia tanah segenggam.
Kurik Kundi Merah SagaTanah Lambor tanahnya lembah, Tanam keduduk bercabang dua; Memang tanah Lambor ini bertuah, Siapa nak duduk mesti berdua.
Kurik Kundi Merah SagaRebah jatuh ke tanah merah, Kerana terhempas pada tanah; Inikan pula daging darah, Menjemput tuan naik ke rumah.
Kurik Kundi Merah SagaBudak-budak bermain panah, Main panah tanah seberang; Semua pokok tumbuh di tanah, Api-api tumbuh di cabang.
Kurik Kundi Merah SagaTanah Seleboh tanahnya lembah, Pucuk keduduk bercabang dua; Sungguh lembah tempatnya singgah, Menumpang duduk setahun dua.
Kurik Kundi Merah SagaTanah rencah memang rendah, Tinggilah gunung rendah bukit; Saya memandang sangatlah indah, Tapi sudah ada penyakit.
Kurik Kundi Merah SagaBukan tanah menjadi padi, Kalau jadi hampa melayang; Bukan bangsa boleh berbudi, Kalau dibudi cuma terbuang.
Kurik Kundi Merah SagaAmbil akar tanah seberang, Bawa belayar pergi Sandakan; Kedai besar barang kurang, Apa guna berniaga di pekan.
12345678910...

Kembali ke atas