Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu

[tan.da.tan.da] | تندا٢

Definisi : sj ikan laut, Lutianus menostigma; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tanda-tanda

Puisi
 
Hormat dulu diri sendiri,
     Itulah tanda orang yang mulia;
Jangan dikejar gunung yang berlari,
     Hilang kabus nampaklah dia.

Lihat selanjutnya...(28)
Peribahasa

Sebelum sampai ke api,
     tentu bahangnya dulu terasa.

Bermaksud :

Sesuatu bahaya besar biasanya didului dengan tanda-tanda dan alamatnya.

Lihat selanjutnya...(18)

115

So many countries, so many customs

Lain negeri, lain pula cara, peraturan dan adat resam.

Lain lubuk, lain ikannya.

So many countries, so many customs. What is considered a friendly gesture in one country may be seen as impudent in a another. So, be careful.

Lain lubuk, lain ikannya. Sesuatu yang dianggap sebagai tanda persahabatan di sebuah negara mungkin dianggap biadap di negara lain. Jadi, berhati-hatilah.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu

Lihat selanjutnya...(10)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaRibut-ribut bawa pukat, Melihat gelung di Selat Jawa; Kita hidup tanda muafakat, Tolong-menolong tanda sejiwa.
Kurik Kundi Merah SagaHormat dulu diri sendiri, Itulah tanda orang yang mulia; Jangan dikejar gunung yang berlari, Hilang kabus nampaklah dia.
Kurik Kundi Merah SagaKalau ayam berkokok pagi, Itu tanda hari nak siang; Sudah jumpa jantung hati, Bulan terang disangka siang.
Kurik Kundi Merah SagaKalau ayam berkokok pagi, Itu tanda hari nak siang; Sudah jumpa jantung hati, Bulan terang disangka siang.
Kurik Kundi Merah SagaAnak enggang kelima-lima, Ingat-ingat tanda merah; Anak dagang saya terima, Ini pula daging darah.
Kurik Kundi Merah SagaApa sebab guruh di hulu, Itu tanda airnya dalam; Kalau tidak berjanji dahulu, Masakan abang berjalan malam.
Kurik Kundi Merah SagaSipitang batu keramat, Tempat orang menjemur padi; Langit bergulung tanda kiamat, Kami tidak mungkirkan janji.
Kurik Kundi Merah SagaSelinsing selinduk, Anak kala memanjat pinang; Inilah cincin sebentuk, Tanda kita mengikat tunang.

123

Kembali ke atas