Kurik Kundi Merah Saga | Kerbau betina melenggang tanduk, Melenggang tanduk di pangkal titi; Anak teruna melenggang masuk, Anak dara sedia menanti. |
Kurik Kundi Merah Saga | Lembu merah tanduk bercabang, Satu tanduk memangku tali; Ayuh adik jangan marah abang, Abang datang nak tentu janji. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tanduk rusa bercabang dua, Kalau mandi berkubang jangan; Dosa ini dosa semua, Kalau mati seorang jangan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pisang tanduk masak sekerat, Pisang datang negeri China; Garam di laut asam di darat, Sudah menjadi adat dunia. |
Kurik Kundi Merah Saga | Mati tanduk si kambing jati, Mati terselit di celah pandan; Baru sekarang berjumpa di hati, Seperti berjumpa muka dan badan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Mbek-mbek kambing di hutan, Patah tanduk kambing jantan; Abang pergi saya berpesan, Buah mabuk jangan dimakan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Raja Hindi raja bermisai, Nampak seperti tanduk gula; Hutang Samsir belum langsai, Hutang kajang datang pula. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kerbau mana tambat di tubir, Kerbau hitam melenggang tanduk; Anak dara di balik tabir, Anak teruna dibawa masuk. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sungguh rapat belimbing berbuah, Dipetik budak waktu pagi; Sudah dapat gading bertuah, Tanduk tidak berguna lagi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Cik Kadir menetak senduduk, Senduduk tumbuh tepi telaga; Kalau takdir tak dapat tanduk, Namun telinga kupulas juga. |