Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tangan,

Puisi
 

Sapu tangan penyapu tangan,
     Dibawa orang ke tepian;
Malang tangan celaka tangan,
     Dalam tangan untung bahagian.


Lihat selanjutnya...(174)
Peribahasa

Tangan yang celaka kerja jatuh.

Bermaksud :

Mendapat kerugian kerana perbuatan anggota keluarga yang tidak bertanggungjawab.

 

Lihat selanjutnya...(98)

Lihat selanjutnya...(1)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaSapu tangan penyapu tangan, Menyapu tangan anak Raja Cina; Lah malang tangan celaka tangan, Di dalam tangan diambil orang pula.
Kurik Kundi Merah SagaSapu tangan penyapu tangan, Dibawa orang ke tepian; Malang tangan celaka tangan, Dalam tangan untung bahagian.
Kurik Kundi Merah SagaYu tangan sapu tangan, Jatuh ke laman berisi bunga; Busuk tangan celaka tangan, Dalam tangan orang punya.
Kurik Kundi Merah SagaSapu tangan disapu tangan, Jatuh ke laman berisi bunga; Malang tangan celaka tangan, Lepas tangan orang punya.
Kurik Kundi Merah SagaSapu tangan ke tangan juga, Jatuh ke laman berisi bunga; Ketuk tangan terasa tangan, Dalam tangan orang punya.
Kurik Kundi Merah SagaSapu tangan penyapu tangan, Jatuh di tangan menyapu bunga; Lepas tangan dikata jangan, Lepas di tangan orang yang punya.
Kurik Kundi Merah SagaSapu tangan jatuh ke laman, Tiba di laman berisi bunga; Celaka tangan jembalang tangan, Dalam tangan orang punya.
Kurik Kundi Merah SagaTak usah kaki dulang, Ujung galah saya simpaikan; Tak usah di tangan orang, Tangan Allah saya ungkaikan.
Kurik Kundi Merah SagaSebelah tangan jari lima, Dua tangan jari sepuluh; Niat hati tanam delima, Sampai masa peria tumbuh.
Kurik Kundi Merah SagaIkan tenggiri ikan di laut, Pecah lemak berlinang-linang; Tangan kiri mengirai rambut, Tangan kanan menumbuk pinang.
12345678910...

Kembali ke atas