Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tanjung]

Puisi
 

Putus tali menjerat tanjung,
     Tanjung dijerat buah pala;
Niat hati menatang ajong,
     Ajong berisi intan kumala.


Lihat selanjutnya...(133)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaSayang mengkodok di tanjung-tanjung, Sayang lengkuas di padang-padang; Jangan tidak cuba berlindung, Supaya puas kita berpandang.
Kurik Kundi Merah SagaPutus tali menjerat tanjung, Tanjung dijerat buah pala; Niat hati menatang ajong, Ajong berisi intan kumala.
Kurik Kundi Merah SagaAyung-ayung buah kerayung, Masak sebutir di hujung julai; Saya duduk tanjung-tanjung, Duduk bergantung rambut sehelai.
Kurik Kundi Merah SagaTanjung Po Tanjung Berapi, Api berkilat di mungguk kubur; Rasa nak beku di dalam hati, Melihat tuan iman gugur.
Kurik Kundi Merah SagaTanjung ke tepi tanjung, Membawa roman segenggam arang; Berkampung kita berkampung, Menengok kumbang singgah sekarang.
Kurik Kundi Merah SagaAsap api di Tanjung Tuan, Nampak dari Tanjung Jati; Harap hati kepada puan, Tidak puan siapa lagi?
Kurik Kundi Merah SagaOrang Arab berjalan ke tanjung, Datang ke tanjung menjual intan; Jangan diharap berdua pulang, Janji manis ditelan jangan.
Kurik Kundi Merah SagaTanjung Batu Seberang Alai, Nampak dari Teluk Gading; Makan sagu biang bersalai, Apa dilawan digonjeng kering.
Kurik Kundi Merah SagaTanjung Rhu di hujung tanah, Pokoknya beratur seperti jambangan; Kematian Mahsuri kerana fitnah, Kini hanya tinggal kenangan.
Kurik Kundi Merah SagaTanjung Darat Bukit Seringan, Tempat taman raja berjuntai; Harapku berat langit nan ringan, Mati kempunan lamun tak sampai.
12345678910...

Kembali ke atas