Kurik Kundi Merah Saga | Tebang puan pangkal Jeddah, Sekali tebang sekali tumbuh; Kalau tuan cakap tak sudah, Sekali hendak sekali tak ambuh. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tebang tebu banyak-banyak, Mari bawa dalam raga; Tuntut ilmu biar banyak, Nak menutup pintu neraka. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tebang kayu buatkan sampan, Sampan dibuat siap kemudi; Ikan mati kerana umpan, Manusia mati kerana budi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tebang tebu Sungai Rengit, Tujuh batang sembilan buku; Cuba hitung bintang di langit, Tujuh laksa sembilan ribu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tebang tebu tiga batang, Satu batang melintang sungai; Tiga hari tuan tak datang, Air mata jatuh berderai. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tebang mari kayu nangka, Hendak dibuat kayu api, Seorang neraka seorang syurga, Yang mana satu hendak diganti. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tebang daun dua pelepah, Singgah menumpang sungai dua; Sepuluh kali emak menegah, Hati suka bermain juga. |
Kurik Kundi Merah Saga | Jangan tebang pinang tinggi, Takut kena junjung sirih; Jangan kacau tunang kami, Takut terkena hujung keris. |
Kurik Kundi Merah Saga | Merambat tebang bertingkat, Rambat menyangkut di kaki sauh; Sudah terlepas burung berikat, Sudah biasa terbang jauh. |
Kurik Kundi Merah Saga | Mari tebang si pokok buluh, Buluh ada di tepi paya; Abang datang dari jauh, Mari hendak berjumpa mata. |