Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.bing] | تبيڠ

Definisi : pinggir sungai dll yg tinggi lagi curam, lereng (gunung, bukit, dll): ~ yg tinggi; berarak ke ~ prb orang yg berlumba-lumba melakukan sesuatu yg mendatangkan kecelakaan; menebing menyerupai tebing, berbentuk spt tebing (awan yg tinggi dan tebal). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.bing] | تبيڠ

Definisi : tepi atau pinggir sungai dll yg tinggi serta curam; lereng bukit atau lereng gunung: ~ sungai. menebing menyerupai tebing; berbentuk spt tebing. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tebing (kata nama)
Bersinonim dengan tepi, pinggir, pesisir, tubir, lereng.,

Puisi
 

Tebing tinggi pangkalan ikan,
     Anak Cina menjual telur;
Adik di sini rindu tak makan,
     Abang di sana rindu tak tidur.


Lihat selanjutnya...(32)
Peribahasa

Sebagai aur dengan tebing.

Bermaksud :

Suami isteri yang sangat berkasih-kasihan; persahabatan yang sangat karib. (Bandingkan dengan: Bagai aur bergantung ke tebing, bagai tebing bergantung ke aur). (Peribahasa lain yang sama makna: Sepantun kasau dengan bubungan).

 

Lihat selanjutnya...(8)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaTebing Tinggi kampung ternama, Nampak dari Kuala Segamat; Bila teringat budi yang lama, Berubah hati berdebar semangat.
Kurik Kundi Merah SagaTebing tinggi pangkalan ikan, Anak Cina menjual telur; Adik di sini rindu tak makan, Abang di sana rindu tak tidur.
Kurik Kundi Merah SagaGelungsur tebing tinggi, Cerahnya belukar; Kalau ukur sama tinggi, Kalau sudah sama besar.
Kurik Kundi Merah SagaMerambat tebing buantar, Rambat menyangkut di hujung galah; Barang ini barang latar, Di sana terantuk mencari balah.
Kurik Kundi Merah SagaMerambat tebing Brunei, Rambat menyangkut di pokok pauh; Sedang liar si burunglah punai, Tiadalah boleh terbang jauh.
Kurik Kundi Merah SagaBunga kesum tebing tinggi, Nampak dari Kuala Segamat; Singgah terlangsung saya ke mari, Minta doa biar selamat.
Kurik Kundi Merah SagaApa daya tebing tinggi, Batang api di Muara Tebas; Apa daya di tahun ini, Tanam cili tak pedas.
Kurik Kundi Merah SagaTuan merambat tebing beringkat, Rambut menyangkut di akar bambangan; Jangan lambat burung diikat, Burung makan di tapak tangan.
Kurik Kundi Merah SagaDi atas tebing airnya pasang, Sakit terlanggar padang berduri; Sudah teringat memandang abang, Rasa membunuh badan sendiri.
Kurik Kundi Merah SagaBuah pupur di tebing tinggi, Buah kandis masak putih; Kalau nak ukur sama tinggi, Kalau nak banding sama putih.
1234

Kembali ke atas