Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.buan] | تبوان

Definisi : sj serangga yg bersengat (biasanya membuat sarang di pokok), Gespa tropica ~ meminang anak labah-labah prb jodoh yg tidak sepadan; sarang ~ jangan dijolok prb jangan sengaja mencari bahaya (kesusah­an); spt ~ di dlm tukil prb percakapan yg kurang jelas. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.buan] | تبوان

Definisi : nama sj serangga yg bersengat, Gespa tropica. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tebuan (kata nama)
Bersinonim dengan penyengat, lebah, naning, sigenting, kerawai.,

Puisi
 

Tetak juak si buluh pulau,
     Pakai menjolok sarang tebuan;
Genjukku tangan dari pulau,
     Niatku mati di pangku tuan.


Lihat selanjutnya...(3)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaSarang penyengat dilalang-lalang, Sarang tebuan di dalam padi; Jangan ingat orang yang hilang, Orang lain banyaklah lagi.
Kurik Kundi Merah SagaTetak juak si buluh pulau, Pakai menjolok sarang tebuan; Genjukku tangan dari pulau, Niatku mati di pangku tuan.
Kurik Kundi Merah SagaIkan haruan di dalam lubuk, Helang pekaka hinggap di dahan; Sarang tebuan jangan dijolok, Lebam muka celaka badan.

Kembali ke atas