Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.ku.kur] | تکوکور

Definisi : ~ api sj burung, punai lembu, Macro­pygia ruficeps; ~ api besar = ~ api gunung, Macropygia unchall; ~ jerum sj burung, ketitir, merbuk, Streptopelia chinensis; ~ merbuk sj burung, balam, ketitir, merbuk, Geopelia striata; paksa ~ padi rebah, paksa tikus lengkiang terbuka prb sesuatu yg selalu dicita-citakan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.ku.kur] | تکوکور

Definisi : nama sj burung, Macrophy­gia ruficeps malayana. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tekukur

Puisi
 

Tekukur terbang seratus,
     Hinggap mari di kayu jati;
Sudah kuukur serta kupirus,
     Jangan si malai berjauh hati.


Lihat selanjutnya...(35)
Peribahasa

Paksa tekukur padi rebah,
     paksa tikus lengkiang terbuka.

Bermaksud :

Mendapat keuntungan tanpa bersusah payah. (Peribahasa lain yang sama makna: Padi rebah, paksa tekukurlah.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaHari-hari mengetah tekukur, Tekukur banyak di pinggir desa; Kukur apa pada kukur, Nyiur jugalah yang akan binasa.
Kurik Kundi Merah SagaTekukur terbang seratus, Hinggap mari di kayu jati; Sudah kuukur serta kupirus, Jangan si malai berjauh hati.
Kurik Kundi Merah SagaTekukur terbang seratus, Turun ke tanah mematuk padi; Adik kuukur serta kupirus, Jangan adik berjauh hati.
Kurik Kundi Merah SagaTekukur terbang ke langit, Datang ke langit merindu dunia; Bunga melur kembangan damit, Sungguh damit harum baunya.
Kurik Kundi Merah SagaBurung tekukur terbang ke laut, Mari hinggap pokok jati; Orang bercakap sedap mulut, Kita mendengar sakit hati.
Kurik Kundi Merah SagaSayang tekukur digulai lemak, Rempah-rempah dari Jawa; Biar lumpur jalan semak, Rebah-rimpah kumari juga.
Kurik Kundi Merah SagaSayang tekukur digulai lemak, Sayang selasih saya lurutkan; Biar lumpur jalan pun semak, Kerana kasih saya turutkan.
Kurik Kundi Merah SagaSayang tekukur digulai lemak, Masak mari dalam kuali; Lagi lumpur jalan bersemak, Sudah kehendak permintaan hati.
Kurik Kundi Merah SagaSayang tekukur digulai lemak, Sayang selasih buahnya masak; Sudah kutempuh jalan yang semak, Terima kasih banyak-banyak.
Kurik Kundi Merah SagaSayang tekukur digulai lemak, Rempah-rempah dari Jawa; Biar lumpur jalan semak, Rebah-rimpah kumari juga.
1234

Kembali ke atas