Kurik Kundi Merah Saga | Kapal kecil hilir ke teluk, Sampai ke teluk patah tiangnya; Adik kecil jangan dipeluk, Asal dipeluk patah pinggangnya. |
Kurik Kundi Merah Saga | Teluk kecapi kecapang condong, Hanyut tempurung di kalut paku; Sudah terlihat matahari condong, Ibarat burung terbanglah aku. |
Kurik Kundi Merah Saga | Teluk Emas Tanjung Ketapang, Tempat Uda mengail tenggiri; Bersalut emas hebat dipandang, Sayang bahasa ke mana pergi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Teluk Tanjung Ketapang, Kaki ketam berduri-duri; Hilang emas boleh ditempah tukang, Hilang kekasih di mana hendak dicari. |
Kurik Kundi Merah Saga | Teluk Senajang di Kampung Ulu, Ramai orang bertanam peria; Bila dikenang kisah dahulu, Cucur menitis airnya mata. |
Kurik Kundi Merah Saga | Teluk Milik Padang Jahana, Rama-rama di atas tunggul; Adik balik abang nak tanya, Lama-lama sekali timbul. |
Kurik Kundi Merah Saga | Teluk merah di atas talam, Talam terletak di atas geta; Inilah surat berkirim salam, Dakwat bercampur air mata. |
Kurik Kundi Merah Saga | Teluk Korban berliku-liku, Jemur kain di atas peti; Janji kita tidak begitu, Kain buruk sama dipakai. |
Kurik Kundi Merah Saga | Teluk Jati melambung pukat, Buluh perindu tidak berdahan; Buah hati marilah dekat, Rindu abang tidak tertahan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Teluk Jambu Padang Lengkuas, Anak katak di atas tunggul; Kalau peluk tak jemu pandang tak puas, Lama-lama nanti sekali timbul. |