Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tembaga'

Puisi
 

Api-api tembaga dusun,
     Anak Perlin bergelang kaca;
Bukan mati kerana racun,
     Mati terjelir si ekor mata.


Lihat selanjutnya...(21)
Peribahasa

Walau disepuh emas lancung,
     kilat tembaga tampak juga.

Bermaksud :

Bagaimana sekalipun diajar orang, yang biadab kelihatan juga perangainya yang kurang baik.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaBukan tembaga bukannya perak, Anak kunci tidak beribu; Tuan juga janganlah tidak, Anak menantu di muka pintu.
Kurik Kundi Merah SagaApi-api tembaga dusun, Anak Perlin bergelang kaca; Bukan mati kerana racun, Mati terjelir si ekor mata.
Kurik Kundi Merah SagaDulang ini dulang tembaga, Dibeli ada dipakai tidak; Malam ini malam celaka, Berjanji ada datang tidak.
Kurik Kundi Merah SagaTalamlah ini talam tembaga, Putus tali sampainya hilang; Malamlah ini malam celaka, Putusnya janji sampainya hilang.
Kurik Kundi Merah SagaBeli suasa beli tembaga, Sudah dibeli tidak dipakai; Malam ini malam celaka, Sudah dijanji tidak ditunai.
Kurik Kundi Merah SagaBerdentum bedil Melayu, Nak tembak talam tembaga; Datuk Bandar bukalah pintu, Anak dagang nak masuk berniaga.
Kurik Kundi Merah SagaKapal belayar dari Melati, Hendak membawa barang tembaga; Kalau belayar lautan api, Memang berani berbuang nyawa.
Kurik Kundi Merah SagaDagangan datang dari Melaka, Timbang mari dacing tembaga; Cakap sombong saya tak suka, Lantai nibung makan kepala.
Kurik Kundi Merah SagaCerah-cerah bintang seribu, Tidaklah sama bintang tembaga; Banyak-banyak orang di situ, Ada seorang cahaya mata.
Kurik Kundi Merah SagaBanyak-banyak bintang tinggi, Ada sebiji bintang tembaga; Banyak-banyak orang di sini, Ada seorang berkenan di mata.
123

Kembali ke atas