Kurik Kundi Merah Saga | Bukan tembaga bukannya perak, Anak kunci tidak beribu; Tuan juga janganlah tidak, Anak menantu di muka pintu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Api-api tembaga dusun, Anak Perlin bergelang kaca; Bukan mati kerana racun, Mati terjelir si ekor mata. |
Kurik Kundi Merah Saga | Dulang ini dulang tembaga, Dibeli ada dipakai tidak; Malam ini malam celaka, Berjanji ada datang tidak. |
Kurik Kundi Merah Saga | Talamlah ini talam tembaga, Putus tali sampainya hilang; Malamlah ini malam celaka, Putusnya janji sampainya hilang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Beli suasa beli tembaga, Sudah dibeli tidak dipakai; Malam ini malam celaka, Sudah dijanji tidak ditunai. |
Kurik Kundi Merah Saga | Berdentum bedil Melayu, Nak tembak talam tembaga; Datuk Bandar bukalah pintu, Anak dagang nak masuk berniaga. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kapal belayar dari Melati, Hendak membawa barang tembaga; Kalau belayar lautan api, Memang berani berbuang nyawa. |
Kurik Kundi Merah Saga | Dagangan datang dari Melaka, Timbang mari dacing tembaga; Cakap sombong saya tak suka, Lantai nibung makan kepala. |
Kurik Kundi Merah Saga | Cerah-cerah bintang seribu, Tidaklah sama bintang tembaga; Banyak-banyak orang di situ, Ada seorang cahaya mata. |
Kurik Kundi Merah Saga | Banyak-banyak bintang tinggi, Ada sebiji bintang tembaga; Banyak-banyak orang di sini, Ada seorang berkenan di mata. |