Kurik Kundi Merah Saga | Terbang tempua melayang-layang, Dari sawah ke Kampung Pandan; Air mata di pipi berlinang, Ke mari sayang saya usapkan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sarang tempua di Kelumpang, Berisi ular tampung hari; Kok nak bersua sama seorang, Datang ke ladang tengah hari. |
Kurik Kundi Merah Saga | Mari dikait sarang tempua, Anak tiung pandai meniti; Hamba duduk gelak ketawa, Untuk mencari penghibur hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Selasih meruap-ruap, Anak tempua terbang ke Jeddah; Kasih boleh dibuat-buat, Hendak mesra bukannya mudah. |
Kurik Kundi Merah Saga | Selasih meruap-ruap, Anak tempua terbang ke Jeddah; Kasih boleh dibuat-buat, Hendak mesra bukannya mudah. |
Kurik Kundi Merah Saga | Burung jelatik burung jeladan, Ketiga dengan burung tempua; Sama cantik sama padan, Ibarat pinang dibelah dua. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tetak buluh panjang sepuluh, Nak menjolok sarang tempua; Janganlah adik suruh-menyuruh, Biarlah pandai kita berdua. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pergi ke sungai membeli buah, Mari dikait sarang tempua; Kuala Jengal tanah bertuah, Kutumpang duduk gelak ketawa. |
Kurik Kundi Merah Saga | Burung serindit di sawah padi, Habis pulut dimakan tempua; Tidak sakit atau mati, Lambat laun berjumpa jua. |