Kurik Kundi Merah Saga | Tempurung hanyut berkipas, Santapan raja di kayangan; Ayam berkurung jangan dilepas, Helang mengintai burung di halaman. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tempurung bermata tiga, Ayam di bawah rumah kandang-kandangan; Akan terturun akan tiada, Lekat di rumah berpandangan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Cendana sarang tempurung, Encik Tambun menggulai siput; Nyawa merat seperti burung, Laksana embun di hujung rumput. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hanyut bersepah tempurung, Basahlah tangan tersiram santan; Ingat-ingat ayam berkurung, Helang bermain di tengah halaman. |
Kurik Kundi Merah Saga | Teluk kecapi kecapang condong, Hanyut tempurung di kalut paku; Sudah terlihat matahari condong, Ibarat burung terbanglah aku. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sayang kecapi kecapang condong, Sayang tempurung berisi paku; Kalau petang matahari condong, Kalau burung nak terbang aku. |
Kurik Kundi Merah Saga | Patah pelantik dibuat mengkawan, Ambil tempurung pecah ke batu; Entah adik ada bantuan, Dua burung sangkarnya satu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Telur angsa sarang setalam, Cendana sarang tempurung; Embun menitik serata alam, Nyawa melarat seperti burung. |
Kurik Kundi Merah Saga | Budak-budak gali cacing, Gali mari bawah tempurung; Kalau tak kenal mata dacing, Lagi ditimbang baik diborong. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak Cina menggali cacing, Letak mari dalam tempurung; Kalau tak kenal mata dacing, Pada ditimbang baik diborong. |