Kurik Kundi Merah Saga | Ulam temu di kebun Pak Akob, Halia tumbuh dalam dulang; Mula bertemu macam tak cukup, Bila dah jemu tendang terajang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pohon temu tumbuhnya rapat, Rapat lagi si pohon jati; Kawan beribu mudah didapat, Sahabat setia payah dicari. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ubi kentang si ubi temu, Di bawah pokok jantan mawar; Orang yang kenyang kalau dijamu, Lauk sedap dikatakan tawar. |
Kurik Kundi Merah Saga | Di Kampung Hulu banyak temu, Tumbuh bersepah merata-rata; Adakah tahu nasib temanmu, Sentiasa berendam airnya mata. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bunga pandan dalam serahi, Indera berarak ke Padang Temu; Betapa tuan dendam berahi, Bila gerangan hendak bertemu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ke Badam sudah ke Muar belum, Anak beranak mengambil angin; Temu sudah kupandang belum, Ibarat gambar dalam cermin. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ke Muar sudah ke ladang belum, Anak-beranak mengambil angin; Pandang sudah temu belum, Ibarat gambar dalam cermin. |