Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : lebih kurang pukul 12 malam; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : waktu lebih kurang pukul dua belas malam (hingga sebelum pukul satu pagi). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Tengah malam waktunya sunyi,
     Di daratlah makan kijang berbunyi;
Timbullah ompang denganlah pelangi,
     Alamatlah hilang kemala nanti.


Lihat selanjutnya...(21)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaTengah malam ke Pulau Pinang, Anak Belanda turun ke kapal; Tengah malam adinda terkenang, Air mata turun ke bantal.
Kurik Kundi Merah SagaTengah malam waktunya sunyi, Di daratlah makan kijang berbunyi; Timbullah ompang denganlah pelangi, Alamatlah hilang kemala nanti.
Kurik Kundi Merah SagaTengah malam lancong ke hujung, Pungguk merindu bulan purnama; Sekadar diri sedarkan untung, Rebah ke bantal menyebut nama.
Kurik Kundi Merah SagaKapal belayar tengah malam, Kapal Bugis sudah datang; Sudah lama abang menghilang, Ke mana pergi tak nampak bayang.
Kurik Kundi Merah SagaGelap sungguh di tengah malam, Kerana bulan belum purnama; Ramai sungguh orang di laman, Saya tak tahu datang dari mana.
Kurik Kundi Merah SagaBulan terang menikam pari, Asam belimbing mengasah kuku; Tengah malam kami ke mari, Bawa kawan nak bersatu.
Kurik Kundi Merah SagaAda kolah pada masjid, Tempat budak sembahyang raya; Tengah malam bintang terbit, Bulan juga membawa cahaya.
Kurik Kundi Merah SagaTeluk Dalam juara syahdu, Tanjung Jagung kuda lama; Tengah malam bangun merindu, Saya tak biasa tinggal lama.
Kurik Kundi Merah SagaAnak helang di atas gunung, Singgah semalam di Bukit Pinang; Tengah malam bangkit melengung, Bila tahun kita nak senang.
Kurik Kundi Merah SagaSayang senduduk pengail talang, Kain buruk kami tapiskan; Tersentak tidur tengah malam, Bantal peluk saya tangiskan.
123

Kembali ke atas