Kurik Kundi Merah Saga | Layarkan biduk laju-laju, Berlabuh tentang ulak karang; Tinggalkan anak tentu-tentu, Jangan pengejut ayam orang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Dua negeri sedang berperang, Belum tentu saya berjaya; Berapalah tajam pisau dan parang, Tajamlah lagi mulut manusia. |
Kurik Kundi Merah Saga | Besok hari Rabu, Lusa hari Khamis; Fikiran kita tidak tentu, Hati kita bengis. |
Kurik Kundi Merah Saga | Rumah batu atap bata, Tempat mamak buat roti; Tempat tak tentu jangan kata, Tempat gamak boleh jadi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Laksamana pergi mendekut, Dapat seekor punai gading; Kalau singa makan rumput, Tentu lembu makan daging. |
Kurik Kundi Merah Saga | Merambat di Tanjung Batu, Jangan terambat ampaian kain; Biar lambat syukurnya tentu, Jangan supaya ke orang lain. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ambil kapak di tengah laman, Tanam sirih tepi telaga; Ibu bapa tentu tak berkenan, Sekalian waris pun tak suka. |
Kurik Kundi Merah Saga | Teluk berliku Padang Mengkuang, Serai di dalam buah kepayang; Tengok tak tentu tak puas pandang, Bercerai di dalam berkasih sayang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Batu Pahat perigi batu, Nampak dari Gunung Banang; Tuan pergi hati tak tentu, Saya tinggal hati tak senang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hujung Batu jauh di kota, Ke Bohor Temak membeli kopi; Benda tak tentu jangan dikata, Benda tak gamak selalu jadi. |