Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.nung] | تنوڠ

Definisi : ilmu utk mengetahui sesuatu yg akan terjadi pd masa yg akan datang (melihat nasib, mencari barang hilang, dll), nujum, ramal; ilmu ~ ilmu tilik-menilik (nasib orang dll); juru~ = tukang ~ = pandai ~ orang yg pekerja-an­­nya menilik nasib orang; membaca (mem­bukakan) ~ = melihat dlm ~ menengok nasib orang dgn tenung; bertenung 1. membaca tenung, mera­mal­kan, menelah: jikalau orang itu gempar kehilangan kerbaunya, katakan aku tahu ~ menentukan di mana tempat kerbau itu berada; 2. = ~ kpd meminta supaya diramal­kan nasibnya pd; menenung 1. = menenungkan menilik nasib dll dgn tenung, meramalkan, menelah: marilah kita sekalian pergi kpd Pak Belalang minta ditenungkan; 2. melihat tepat-tepat, me-mandang, memerhati, menatap, merenung: dia mengelamun di kerusi ~ rumah depan; tenungan ramalan (nasib dll), telahan; penenungan perihal menenung; penenung tukang tenung, jurutenung. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.nung] | تنوڠ

Definisi : ; ilmu ~ ilmu tilik-menilik atau ilmu meramalkan nasib seseorang. tukang ~, = juru~ orang yg kerjanya meramalkan nasib orang; tukang ramal. bertenung meminta orang yg mempunyai ilmu tenung meramalkan nasib: ~ kpd ahli nujum. menenung menilik (nasib dsb); meramalkan: ~ nasib dilarang oleh agama Islam. tenungan hasil menenung; ramalan; tilikan. pe­nenungan hal atau perbuatan mene­­nung. penenung orang yg menenung. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tenung
Kata Terbitan : bertenung, menenung, menenungkan, menenung, tenungan, penenungan, penenung,

Puisi
 

Orang mengail ikan sepat,
     Dapat seekor ikan cencaru;
Sudahkah habis tenung makrifat,
     Maka tuan bercakap begitu.


Lihat selanjutnya...(2)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaTerung ini terung di Jeddah, Tiada bercabang cantik lagi; Tenung ini tenung penyudah, Tiadakan balik lagi.
Kurik Kundi Merah SagaOrang mengail ikan sepat, Dapat seekor ikan cencaru; Sudahkah habis tenung makrifat, Maka tuan bercakap begitu.

Kembali ke atas