Kurik Kundi Merah Saga | Rumah kecil tepi laut, Tempat budak main biola; Pinggang kecil bagai diraut, Itulah tempat saya gila. |
Kurik Kundi Merah Saga | Rumah kecil di tepi laut, Tempat memancing ikan tenggiri; Tubuh kecil bagai diraut, Membuat abang tidur bermimpi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pucuk paku di atas peti, Buah rambai tepi laut; Termenung aku dalam mimpi, Kasih dilambai tidak menyahut. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pagi-pagi mengutip lokan, Lokan dikutip di tepi laut; Cantik bukan kaya pun bukan, Mengapa pula hati terpaut? |
Kurik Kundi Merah Saga | Pokok nyiur di tepi laut, Anak sembilang di bawah batang; Kakanda tuan melangkah laut, Dualah pulang tiga datang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pisau raut di tepi rimba, Buat raut si jantung pandan; Karam di laut dapat ditimba, Karam di hati rosaklah badan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sayang lagu serampang laut, Kulit timun atas meja; Layang terbentang kemudi berpaut, Hendak sampai ke tepi juga. |
Kurik Kundi Merah Saga | Serampang laut nama lagunya, Lawan menyanyi berganti-ganti; Kemaskan kemudi dengan sempurna, Tak karam diharung sampai ke tepi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Budak-budak menahan taut, Joran dicacak di tepi kolam; Asal ikan tempat di laut, Kenapa masak dibubuh garam? |
Kurik Kundi Merah Saga | Pokok keladi di tepi paya, Bunga teratai kembang bertaut; Kalau berbudi pada yang kaya, Sama mencurah garam ke laut. |