Kurik Kundi Merah Saga | Lubuk Danti tepian Danta, Buaya mudik tenang-tenang; Kunci hati tutuplah mata, Supaya badan rasa senang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Berempat tegak di tepian, Cukup berlima maka mandi; Usah mengumpat di bahagian, Suratan sudah dimenterai. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sapu tangan penyapu tangan, Dibawa orang ke tepian; Malang tangan celaka tangan, Dalam tangan untung bahagian. |
Kurik Kundi Merah Saga | Cerek dan teko kan den beli, Den jinjing lalu ke tepian; Teluk dan lengkokkan dijalani, Ditampung sehari pencarian. |
Kurik Kundi Merah Saga | Mana tiku mana piaman, Batu kecil kiliran padi; Tinggal kampung tinggal halaman, Tinggal tepian tempat mandi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kinabalu bertangga peti, Ambil kumala di mulut naga; Jikalau sudah kata di hati, Tepian hidup terus dicuba. |