Kurik Kundi Merah Saga | Terantuk jenang jangan mengaduh, Di tiang seri tersangkut raga; Kalau memang sudah jodoh, Ke mana lari dijumpa juga. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tukul sumbing pecah berjalan, Pecah terantuk tebik terjatuh; Niat di hati menjolok bulan, Bulan dijolok bintang yang jatuh. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak Cina belayar kapal, Pecah cawan terantuk ke kemudi; Kait bunga galah tak sampai, Bunga biasa luruh sendiri. |
Kurik Kundi Merah Saga | Merambat tebing buantar, Rambat menyangkut di hujung galah; Barang ini barang latar, Di sana terantuk mencari balah. |