Kurik Kundi Merah Saga | Daun terap di ataslah bukit, Kapallah menyamun dualah batang; Jadi kenangan bukanlah sedikit, Darilah dulu sampai sekarang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pokok terap dipukul bayu, Bayu sampai ke kota raja; Sudahlah adat kita Melayu, Pandai berpantun berguraulah senda. |
Kurik Kundi Merah Saga | Daun terap gugur melayang, Jatuh ke laut disambar tenggiri; Tidur sekejap bangun abang, Bukan rumahtangga sendiri. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pokok terap tumbuh di bukit, Buahnya lisut dimakan kera; Harap di hati bukan sedikit, Sebanyak rambut atas kepala. |
Kurik Kundi Merah Saga | Daun terap gugur melayang, Kayu ara di Kampung Bukit; Harapnya abang ibu melayang, Harapnya adik tidak sedikit. |
Kurik Kundi Merah Saga | Daun terap di atas bukit, Tempat menggantung buah pala; Harapnya kami bukan sedikit, Sebanyak rambut atas kepala. |
Kurik Kundi Merah Saga | Daun terap atas bukit, Buat tudung buah pala; Harap saya bukan sedikit, Sama banyak rambut di kepala. |
Kurik Kundi Merah Saga | Buah terap di atas peti, Buah redan masaknya merah; Kalau sudah harap di hati, Merana badan sahaja ditempah. |
Kurik Kundi Merah Saga | Laksamana mudik ke Terap, Patah galah di dalam perahu; Tuan umpama bunga dedap, Sungguh merah tiada berbau. |
Kurik Kundi Merah Saga | Burung serindit makan nanas, Arang terap dalam padi; Janganlah adik bercakap panas, Rasa sedih di dalam hati. |