Kurik Kundi Merah Saga | Serindit terbang rendah, Terbang mari menyongsong angin; Siapa tauhid kepada Allah, Masuk syurga jannatunnaim. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak helang dibawa terbang, Bawa terbang terpingit-pingit; Kalau abang tahu membilang, Cubalah bilang bintang di langit. |
Kurik Kundi Merah Saga | Datang cikgu menanam kacang, Ditanam oleh anak sekolah; Hendak menembak burung terbang, Burung terbang terlampau payah. |
Kurik Kundi Merah Saga | Terbang sekawan burung jelatik, Terbang nampak kepalanya merah; Pilih bini yang cantik, Tapi nak harga murah. |
Kurik Kundi Merah Saga | Terbang sekawan burung jelatik, Terbang nampak kepalanya merah; Pilih bini yang cantik, Tapi nak harga murah. |
Kurik Kundi Merah Saga | Terbang merak Kuala Jengal, Terbang hinggap atas bukit; Tuan hendak mudah kenal, Angkat muka senyum sikit. |
Kurik Kundi Merah Saga | Itik terbang gugur bulu, Itik terbang dari gua; Jangan adik menanggung rindu, Sampai masa bertemu juga. |
Kurik Kundi Merah Saga | Burung kedidi terbang ke pantai, Terbang mari berkawan-kawan; Ingin nak petik buah di tangkai, Takut pula rosak sedahan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ondang-ondang terbang ke hulu, Terbang mencari taruk muda; Hati dendam diam dahulu, Lambat laun berbalik juga. |
Kurik Kundi Merah Saga | Terbang ayam di tengah laman, Kuis-kuis mencari makan; Sudah biasa dacing di tangan, Rugi di kampung untung di pekan. |