Kurik Kundi Merah Saga | Layang-layang terbang melayang, Putus tali sambung benang; Siang malam terbayang-bayang, Budi bahasa terkenang-kenang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Penatlah saya menanam padi, Sayang keladi dipatah jua; Penatlah saya menahan hati, Wajah tuan terbayang jua. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bunga tanjung dari utara, Jatuh sekuntum melayang-layang; Bagaimana hati tidak gila, Tidur malam terbayang-bayang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Dari jauh nampak ku menjala, Habis hutan dimakan api; Adinda tuan mula kugila, Siang ku terbayang malam ku termimpi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak itik makan padi, Padi disimpan di bawah tangga; Cantik sungguh adik yang tadi, Siang malam terbayang di mata. |
Kurik Kundi Merah Saga | Layang-layang terbang melayang, Marilah hinggap di hujung cabang; Siapa bilang abang tak sayang, Di dalam hati terbayang-bayang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Layang-layang terbang melayang, Hinggaplah hinggap di tikar sembahyang; Siapa bilang kami tak sayang, Di dalam tidur nampak terbayang. |