Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.cam.pa/] | ترچامڤق

Definisi : 1. terlempar, terpelanting: ia pun ~ di atas tanah; 2. sampai ke tempat yg jauh (terasing), terbuang: mereka sekarang ~ ke sebuah pulau yg kecil dan terpencil. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.cam.pa/] | ترچامڤق

Definisi : jatuh dgn agak kuat; terpelanting: Ketika melalui jalan yg berlekuk-lekuk dan berliku-liku, dia nyaris-nyaris ~ keluar dr lori tsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tercampak

Puisi
 

Ambil sebatang membuat galah,
     Galah tercampak di tengah laman;
Kenapa duduk sebatang karah,
     Kerana abang tak mencari teman.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Di mana lalang habis,
     di situ api padam.

Bermaksud :

Di mana mati di situlah dikuburkan. (Peribahasa lain yang sama makna: Di mana api padam, di situlah [= di sanalah] puntung tercampak; di mana periuk pecah, di situlah tembikar tinggal).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaBuah pauh jatuh tercampak, Jatuh mari tepi kuala; Air keruh ikan tak nampak, Buat penat turun menjala.
Kurik Kundi Merah SagaAmbil sebatang membuat galah, Galah tercampak di tengah laman; Kenapa duduk sebatang karah, Kerana abang tak mencari teman.
Kurik Kundi Merah SagaOrang menjahit benang sutera, Putus benang habis tercampak; Biar ribut angin utara, Asal lautan jangan berombak.
Kurik Kundi Merah SagaHanyut pandan tiga kelopak, Orang mengail diolak tamban; Entah di mana badan tercampak, Saya menyanyi meninggalkan zaman.
Kurik Kundi Merah SagaOrang belayar ke Majapahit, Anak katak tepi ruang; Untung tuah kalau baik, Mana tercampak tidak terbuang.
Kurik Kundi Merah SagaPulau Pisang pasang api, Tempat kapal belayar malam; Kalau belum nak mati, Badan tercampak ke lubuk dalam.
Kurik Kundi Merah SagaHaluan sarat banyak muatan, Nampak cahaya batu karang; Tuan ibarat permata intan, Di mana tercampak di situ terang.
Kurik Kundi Merah SagaBetul bodoh orang di dapur, Keris pesaka potongkan sayur; Sungguh songket bunga bertabur, Kerap tercampak di balik dapur.
Kurik Kundi Merah SagaMengail ke buntut jamban, Dapat pandan tiga kelopak; Bermain ingatkan zaman, Entah di mana badan tercampak.
Kurik Kundi Merah SagaDua belas gunung bertani, Tanam tebu terlupa tapak; Jangan belas dagang kami, Mati kecil ibu tercampak.
12

Kembali ke atas