Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.gi.git] | ترݢيݢيت

Definisi : 1. telah digigit; 2. boleh digigit; 3. tidak sengaja digigit; ~ lidah a) tidak bermalu, tidak menghiraukan kecaman (celaan) orang; b) tidak berani bercakap terus terang (kerana terhutang budi dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tergigit

Puisi
 

Sayang pindah naik rakit,
     Rakit berikat tali bemban;
Sedangkan lidah lagikan tergigit,
     Inikan pula sahabat sekawan.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Membuat tergigit (= tercabut) lidah.

Bermaksud :

Memberi nasihat yang sia-sia kepada orang yang berkelakuan jahat.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaBaru sekali saya tergigit, Kain pelikat di atas peti; Baru sekali saya melihat, Sudah melekat di dalam hati.
Kurik Kundi Merah SagaSayang pindah naik rakit, Rakit berikat tali bemban; Sedangkan lidah lagikan tergigit, Inikan pula sahabat sekawan.
Kurik Kundi Merah SagaCak pipit burung serindit, Mari mati di kaki bukit; Kucium hidung pipi tergigit, Kerana geram tak rasa sakit.

Kembali ke atas