Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.go.lé/] | ترݢوليق

Definisi : 1. jatuh berguling; 2. terbaring, tergelimpang; ~ di nan datar prb Mn mendapatbahaya oleh perkara kecil; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.go.lé/] | ترݢوليق

Definisi : 1 jatuh berguling; terguling. 2 terletak berbaring; tergelimpang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tergolek

Puisi
 

Ribut-ribut tumpang kereta,
     Ayam tergolek di dalam belanga;
Orang berebut sama sebangsa,
     Tak molek secara mana.


Lihat selanjutnya...(8)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaBuah macang tergolek-golek, Golek mari atas peti; Sekejap datang sekejap balik, Macam menyuruh anak bini.
Kurik Kundi Merah SagaRibut-ribut tumpang kereta, Ayam tergolek di dalam belanga; Orang berebut sama sebangsa, Tak molek secara mana.
Kurik Kundi Merah SagaNampak beting jauhnya pelik, Nampak perahu pergi balik; Sungguh biring jatuh tergolek, Undur-undur dia terkam balik.
Kurik Kundi Merah SagaPelanduk punca sembilan, Anak di dalam isi sepuluh; Harap hati nak tidur bertilam, Tubuh tergolek di lantai buluh.
Kurik Kundi Merah SagaOrang menjamu bulan terang, Hari Ahad tanah seberang; Tuntut ilmu jangan kurang, Ke liang lahad tergolek seorang.
Kurik Kundi Merah SagaHujan ribut kita ke pulau, Anak kekati menebar wang; Terlanjur hidup kita bergurau, Sudah mati tergolek seorang.
Kurik Kundi Merah SagaMusim ribut pergi ke pulau, Terendak Cina jatuh ke ruang; Lagi hidup kita bergurau, Kalau mati tergolek seorang.
Kurik Kundi Merah SagaHujan ribut kita ke pulau, Terendak Cina jatuh ke ruang; Masa hidup kita bergurau, Kalau mati tergolek seorang.

Kembali ke atas