Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.ri/] | تريق

Definisi : 1. tidak mudah terlucut atau terbuka (ikat­an), erat, kuat, teguh; 2. sempit dan men­­ce­rut (seluar dll), ketat, sempit: seluar yg ~; 3. amat sangat (panas matahari): panas kian ~ dan kian membakar kulit kepala; 4. ki sukar (pekerjaan), sulit; 5. Kl tidak kendur (tali dll), tegang, sering: tali itu diregang dgn ~; menerikkan 1. menjadikan terik (ikatan), meneguhkan, mengeratkan; 2. menggesa (melakukan sesuatu), mengerasi, menguatkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.ri/] | تريق

Definisi : 1 tidak mudah terbuka atau ter­lucut (ttg ikatan dll); kemas; erat: Diikatnya bungkusan itu ~-~ supaya tidak terbuka. 2 sempit dan mencerut (ttg pakaian, spt seluar); sendat; ketat: seluar yg ~. 3 amat sangat (ttg panas matahari): Panas kian ~ dan kian mem­bakar kulit kepala. menerikkan menjadikan terik; mengemaskan; menge­­tatkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
terik (adjektif)
1. Bersinonim dengan erat: teguh, kukuh, kuat, tegang,
Berantonim dengan longgar

2. Bersinonim dengan sempit: ketat, sendat, mencerut,
Berantonim dengan longgar

3. Bersinonim dengan panas: hangat, berapi, berbahang, berkuap, meruap, membara, menyala, meluap, membuak, mendidih, menggelegak,
Berantonim dengan dingin

Kata Terbitan : menerik, menerikkan,

Puisi
 

Panas terik di bulan puasa,
     Menjemur padi di sudut laman;
Tikar emas bantal suasa,
     Manakan sama berbantal lengan.


Lihat selanjutnya...(3)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaPanas terik hangat sangat, Saya nak mandi Kuala Perlis; Tengok adik jinak sangat, Rasa-rasa bagai nak boleh.
Kurik Kundi Merah SagaPanas terik di bulan puasa, Menjemur padi di sudut laman; Tikar emas bantal suasa, Manakan sama berbantal lengan.
Kurik Kundi Merah SagaAnak anjing dua beradik, Satu bodoh satu cerdik; Saya umpama teras yang baik, Tahan berjemur di panas terik.

Kembali ke atas