Kurik Kundi Merah Saga | Tebing Tinggi kampung ternama, Nampak dari Kuala Segamat; Bila teringat budi yang lama, Berubah hati berdebar semangat. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sayang serindit dadanya biru, Mati disumpit Raja Paiman; Selama teringat permatanya guru, Belum kujanji lepas di tangan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sayang serindit dadanya biru, Mati disumpit Raja Paiman; Selama teringat permatanya guru, Belum kujanji lepas di tangan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Di atas tebing airnya pasang, Sakit terlanggar padang berduri; Sudah teringat memandang abang, Rasa membunuh badan sendiri. |
Kurik Kundi Merah Saga | Cik Ali menjual kayu, Orang di bukit menjual lada; Kalau teringat zaman dahulu, Rasa menitik air mata. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak ayam tujuh sekerat, Anak lang tertiti-titi; Tidur malam teringat-ingat, Tidur siang termimpi-mimpi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Burung helang terbang melayang, Singgah mari di pohon rimbu; Kuteringat kasih teringat sayang, Setiap hari menanggung rindu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bajak wangkang di Pulau Tioman, Pulau Pingat jauh dipandang; Sudah terbuang kampung halaman, Teringat ibu rasa nak terbang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Petang-petang ribut berdengung, Sarang penyengat di daun padi; Petang-petang ambo melengung, Teringat pada adinda tadi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bagaimana menjemur padi, Siang dijemur malam dibuat; Bagaimana menghibur hati, Siang dihibur malam teringat. |