Kurik Kundi Merah Saga | Anak ayam tujuh sekerat, Anak lang tertiti-titi; Tidur malam teringat-ingat, Tidur siang termimpi-mimpi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau abang pergi ke bendang, Bawakan saya anak selangat; Hari siang terpandang-pandang, Tidur malam teringat-ingat. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau abang pergi ke bendang, Bawakan saya anak selangat; Hari siang terpandang-pandang, Tidur malam teringat-ingat. |
Kurik Kundi Merah Saga | Burung balam terbang tinggi, Dari Palembang terus ke Langkat; Tidur malam termimpi-mimpi, Duduk siang teringat-ingat. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ayam-ayam tersipi-sipi, Sambar dek elang tercungap-cungap; Tidur malam termimpi-mimpi, Tidur siang teringat-ingat. |