Kurik Kundi Merah Saga | Tinggi Bukit Sagumilang-milang, Tuang air di daun terkenang-kenang; Budi sedikit juga kan hilang, Seumur hidup jadi kenangan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bukan benar bangsa Yahudi, Dia benar kafir melaun; Jika terkenang sebarang budi, Tidak kukenang seribu tahun. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pulau Pinang pulaunya indah, Kapten Light menjadi raja; Bila terkenang sejarah yang sudah, Berlinang lebih si air mata. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pulau Pinang Pekan Baru, Kapten Light menjadi raja; Bila terkenang zaman dahulu, Jatuh berlinang air mata. |
Kurik Kundi Merah Saga | Luka tangan terkena pisau, Darahnya banyak tidak terkira; Bila terkenang hati risau, Tidur malam tak pernah jendera. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hanyut pinang dari hulu, Pinang berisi madu lebah; Bila terkenang zaman dahulu, Rindu sekarang menggigit lidah. |
Kurik Kundi Merah Saga | Buat rumah berdinding papan, Papan Jawa empat persegi; Bila terkenang tengah makan, Air mata jatuh ke nasi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ulit tenang mudik suasih, Pergi ke teluk menarah papan; Bila terkenang budi kasih, Nasi sesenduk tidak termakan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tenang-tenang air laut, Sampan kolek mudik ke hulu; Hati terkenang mulut menyebut, Orang benci kita tak tahu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pulau Pinang Pekan baharu, Tempat Cik Khalid menjadi raja; Bila terkenang masa dahulu, Tunduk menitik air mata. |