Kurik Kundi Merah Saga | Tinggi Bukit Sagumilang-milang, Tuang air di daun terkenang-kenang; Budi sedikit juga kan hilang, Seumur hidup jadi kenangan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak itik terenang-renang, Anak kunci dalam perahu; Saya saja terkenang-kenang, Abang benci saya tak tahu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak itik terenang-renang, Anak kunci dalam perahu; Saya sahaja terkenang-kenang, Orang benci saya tak tahu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak itik terenang-renang, Anak kunci dalam perahu; Sahaja saya terkenang-kenang, Orang benci saya tak tahu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak itik terenang-renang, Renang mari depan perahu; Kita juga terkenang-kenang, Orang jauh tak ambil tahu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak itik terenang-renang, Anak kunci di haluan perahu; Kita saja terkenang-kenang, Orang benci kita tak tahu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak itik terenang-renang, Mati seekor di dalam padi; Duduk siang terkenang-kenang, Tidur malam termimpi-mimpi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Layang-layang terbang melayang, Putus tali sambung benang; Siang malam terbayang-bayang, Budi bahasa terkenang-kenang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Layang-layang terbang melayang, Sambung tali sambung benang; Siapa bilang tiada sayang, Siang malam terkenang-kenang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Nasi hangat sayur pun hangat, Tumis lobak bersama bawang; Adik ingat abang pun ingat, Memandang gambar terkenang-kenang. |