Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.le.bih] | ترلبيه

Definisi : 1. yg paling lebih (cerdik, penting, besar, dll), tersangat: kpd hatinya, ~ baik keris itu drpd golok, kerana Hang Tuah terlalu tahu melihat keris; ~ dahulu pertama-­tama; 2. = terlebih-lebih = ~ pula (lagi) terutama (teristimewa) pula, lebih-lebih lagi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.le.bih] | ترلبيه

Definisi : 1 paling lebih (pintar, kecil, mustahak dll): Ahmadlah yg ~ cerdik dlm darjahnya. 2 terlampau (banyak dll): Gulai ini ~ garam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata terlebih

Puisi
 

Apa daya dengannya kuku,
     Terlebih baik dengannya pedang;
Tak usah dihantar sampai di pintu,
     Kakandamu boleh berjalan seorang.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Cium tapak tangan,
     berbaukah atau tidak?

Bermaksud :

Lihat diri sendiri terlebih dulu sebelum mencela orang lain.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaBerapa dalam lubuk Beladin, Terlebih dalam lubuk Muarang; Berapa tajam pisau dan ladin, Terlebih tajam mata pedang.
Kurik Kundi Merah SagaApa daya dengannya kuku, Terlebih baik dengannya pedang; Tak usah dihantar sampai di pintu, Kakandamu boleh berjalan seorang.
Kurik Kundi Merah SagaBuah tebu disangka kandis, Terlebih kandis di dalam puan; Gula madu disangka manis, Lebih manis wajahmu tuan.
Kurik Kundi Merah SagaBerapa dalam lubuk Inggeris, Lebih dalam lubuk India; Berapa tajam sidak keris, Terlebih tajam tergesel mata.
Kurik Kundi Merah SagaBaik-baik menebang jati, Biar serpih tumbang jangan; Baik-baik mencari ganti, Biar terlebih kurang jangan.
Kurik Kundi Merah SagaKalau tuan menebang jati, Rambai saya serpih jangan; Sila tuan mencari ganti, Biar terlebih kurang jangan.
Kurik Kundi Merah SagaKalau tuan menebang jati, Rambai saya serpih jangan; Sila tuan mencari ganti, Biar terlebih kurang jangan.
Kurik Kundi Merah SagaRaja Arif Shah masuk ke taman, Taman larangan Betara Indera; Arif bertemu dengan budiman, Terlebih indah laut mutiara.
Kurik Kundi Merah SagaPergi ke Lembing seguni minyak, Pergi Jerantut membeli jamu; Kalau abang nak berbini banyak, Terlebih dahulu tuntut ilmu.
Kurik Kundi Merah SagaKalau tuan pergi ke paya, Ikan haruan mudik hulu; Kalau tuan hendakkan saya, Cuba nyatakan terlebih dahulu.
12

Kembali ke atas