Kurik Kundi Merah Saga | Anak yu mati terlentang, Mati ditikam duri semilang; Pilu hati bukan kepalang, Gunung tinggi menjadi padang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Keluang keluwi terbang terlentang, Singgah sekejap di pokok sirih; Putus duit boleh berhutang, Putus kasih susah nak boleh. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pucuk pauh rantingnya jatuh, Jatuh terlentang dimakan ulat; Tuanlah jauh saya pun jauh, Burung terbang berkirim surat. |
Kurik Kundi Merah Saga | Apa busuk di bawah bangku, Anak ayam mati terlentang; Siapa duduk dengan Cik Bongsu, Bagai bulan pagar dek bintang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Air pasang surut ke hulu, Menemui baung mati terlentang; Sudah dibawa buah mengkudu, Si baju gadung kuikut pulang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Air pasang mudik ke hulu, Anak baung mati terlentang; Sudah dipasang olehmu itu, Tujuh tanjung di sebalik pulang. |