Kurik Kundi Merah Saga | Cik Ali membelah kundur, Kundur terletak atas papan; Apa jadi saya tak undur, Tumpah darah atas papan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Gulai umbut pucuk paku, Nasi terletak di muka pintu; Lemah lembut puteri Melayu, Bijak memasak menjahit baju. |
Kurik Kundi Merah Saga | Buah belolok penuh duri, Jatuh terletak di kolam Cina; Habis elok lagi bestari, Bukanlah layak orang yang hina. |
Kurik Kundi Merah Saga | Rakit buluh dari seberang, Dulang terletak atas geta; Sakit sungguh kasih seorang, Orang tidak kasihkan kita. |
Kurik Kundi Merah Saga | Masak udang dalam perahu, Ubi rebus terletak di padang; Zaman sekarang kalau nak tahu, Budi hangus menjadi arang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Rotan rosak di hujung tanjung, Hanyut terletak di tepi beting; Bukan salah pasak penyambung, Kain tak cukup digunting. |
Kurik Kundi Merah Saga | Teluk merah di atas talam, Talam terletak di atas geta; Inilah surat berkirim salam, Dakwat bercampur air mata. |
Kurik Kundi Merah Saga | Putus tali di atas papan, Mari terletak di atas tangan; Sudah hati kumbang berlapan, Mengenang bunga di dalam tangan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pergi ke perigi mengambil timba, Timba terletak tepi halaman; Walaupun banyak kembang di rimba, Mawar di jambangan jadi idaman. |
Kurik Kundi Merah Saga | Dukung anak dari Melaka, Disambar jin di tepi kolam; Intan terletak gunung permata, Cahaya melimpah serata alam. |